:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Web Usahawan Emas KAB Gold, Mulakan dengan HANYA RM65 sahaja/ 0.25g ::: Terima Kasih :::: Sila Hubungi UstDi, NDr, jika ada sebarang pertanyaan di talian Hotline +6018-245 3824 ...

BILA NAK GUNA EMAS NI??


Asyik suruh beli emas je.. 🙄

"So bila waktu terbaik untuk jual emas ?" 

Ok ini jawapan dia:

✅ Bila anda telah capai matlamat simpanan anda. Contoh:
- Dana haji
- Dana deposit rumah
- Dana umrah

✅ Bila ada peluang untuk beli aset lebih besar 
- beli rumah below market value dan jadikan rumah pelaburan (sewa) atau homestay 

✅ Bila ada hal kecemasan
- contoh dana kecemasan 3-6 bulan gaji tidak cukup menampung kos kecemasan. So jualkan sahaja emas tersebut. Itu lebih baik.

Semoga menjawab persoalan anda selama ni.

Till then.. Happy saving gold!

TAHNIAH ORU CHAIRMAN KAB GOLD

TAHNIAH saya ucapkan atas anugerah Tan Sri. Terbaek our Chairman. 


Jom JOIN TEAM saya dengan sama-sama daftar FREE di https://kabgold.my/introducer/KAB15697


KEISTIMEWAAN KAB GOLD: JOM MENYIMPAN EMAS


KAB Gold adalah syarikat jual beli emas yang sangat menitik beratkan soal kepatuhan syariah dalam urusniaganya. Patuh syariah bukan sekadar sijil, tetapi syariah memandu keseluruhan pengoperasiannya. Berikut disenaraikan keistimewaan KAB GOld.
  1. 100% milik orang Islam.
  2. Patuh Syariah tahap tertinggi.
  3. Telus.
  4. Daftar percuma.
  5. Daftar tak beli pun tak apa.
  6. Daftar tak beli tak expired.
  7. Produk gold bar 0.5 gram, 1 gram, 5 gram dan 10 gram.
  8. Produk dinar 1/2 dinar dan 1 dinar.
  9. Produk Uncang Emas.
  10. Belian terus pilih item emas.
  11. Boleh tahu emas ada ke takde dari katalog.
  12. Kalau emas takde, memang takleh beli.
  13. Bila dah beli tak perlu risau sebab akan diblock orang lain takleh ambil dah emas tu.
  14. Boleh datang ambil sendiri.
  15. Kalau tak datang ambil, akan disimpan tanpa upah.
  16. Kalau nak minta pos pun boleh.
  17. Belian gram dalam uncang emas.
  18. Baki uncang emas yang masih boleh dibeli pada satu-satu masa akan dipaparkan di website.
  19. Hanya boleh beli jika gram uncang emas masih available.
  20. Bila habis gram dah tak boleh beli sehingga ditambah gram dalam sistem.
  21. Gram uncang emas disimpan tanpa caj.
  22. Boleh ambil keluar juga dalam bentuk gold bar dan dinar.
  23. Setakat ini notis 30 hari diperlukan untuk keluar fizikal.
  24. Gram boleh keluar semua dari uncang emas.
  25. Tiada syarat balance minimum dalam uncang emas.
  26. Produk semua mesra arrahnu sebab boleh dibuka dan disahkan ketulenan.
  27. Gold bar 1 gram, 5 gram, 1/2 dinar dan 1 dinar tiada harga retail. Semua harga semasa.
  28. Gold bar 1 gram, 5 gram, 1/2 dinar dan 1 dinar tidak perlu beli guna akaun uncang emas untuk dapat murah.
  29. Boleh lock harga dan akan automatik kensel jika tak compete pembelian dengan pembayaran pada jam 12 tengah malam.
  30. Bila auto kensel tiada penalti.
  31. Bila lock harga, selagi tak complete lagi pembelian dengan pembayaran, tak boleh lock harga item seterusnya.
  32. Boleh buy back semua item emas.
  33. Boleh buy back semua brand emas dengan harga KAB Gold.
  34. Boleh transfer gram akaun emas syarikat lain ke uncang emas tanpa caj.
  35. Bisnes model KAB Gold ialah referral.
  36. Semua pelanggan berdaftar KAB Gold yang ada KAB Code boleh jadi introducer.
  37. Semua wakil jualan KAB Gold akan dapat insentif belian dan jualan.
  38. Ada insentif belian sendiri.
  39. Ada insentif belian empayar.
  40. Boleh tempah emas design sendiri.
  41. Boleh bayar zakat dengan KAB Gold.
  42. Boleh bina empayar emas dengan KAB Gold.
  43. Boleh buat passive income dengan KAB Gold.
  44. Produk emas disahkan oleh Assayer terkenal Shukor Anuar.
  45. Pengerusi KAB Gold ialah figura ekonomi Islam terkenal Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.
  46. Penasihat Syariah KAB Gold, pakar muamalat Dr. Ahmad Sufyan Che Ibrahim.
  47. CEO KAB Gold, Khairul Anuar Basri.
  48. Pengurusan KAB Gold 100% bumiputera Muslim.
  49. Sistem provider KAB Gold ialah syarikat 100% bumiputera Muslim.
  50. Sistem dipantau dan diaudit oleh penasihat Syariah.
  51. Produk emas KAB Gold berjenama KAB Gold.
  52. Akaun Uncang Emas boleh beli serendah 0.25 gram.

SAHKAN KETULENAN EMAS KAB GOLD


Ada orang tanya macamana nak pastikan emas KAB Gold atau apa saja emas adalah tulen?

Secara ringkasnya, ada beberapa cara yang boleh kita guna. Ada yang berbayar dan ada yang percuma.
  1. Teknik pembakaran. Yang ni biasanya diguna oleh tukang emas atau orang yang menentusah emas (assayer).
  2. Teknik ketumpatan dalam air. Ini biasa orang guna di kedai-kedai emas atau branch syarikat emas.
  3. Teknik mesin pengesan ketulenan. Yang ni kos dia berpuluh-puluh ribu la. Biasanya tempat assayer ada mesin ni. Tak payah buka seal pun dia boleh kesan emas tu tulen ke tak.
  4. Teknik asid. Yang ni peniaga amatur biasa guna. Kena tengok geng-geng COD. Hehehe..
  5. Teknik pengesahan assayer. Biasa orang guna ni aje. Cuma tinggal lagi kena tahu assayer yang hebat.
Macam KAB Gold, kita guna KL Assay Office yang diketuai oleh Tuan Abdul Shukor Anuar. Dunia emas memang kenal beliau.


Setiap keping emas keluaran KAB Gold ditandatangan oleh beliau. Setiap nombor siri pada kad akan dicatat. Senarai nombor siri yang dikeluarkan akan diupdate kepada pusat arrahnu yang berkenaan.

Dan ada cop mohor tersembunyi di kad emas kami. Ahaaa… itu rahsia. Carilah sendiri.
  1. Teknik penerimaan di pusat arrahnu. Kalau arrahnu terima tu maksudnya emas tulen la tu. Tak perlu bincang panjang.
  2. Teknik reputasi. Maksudnya takde pernah orang komplen emas KAB Gold ni emas palsu. So, boleh la terus beli.
Itulah sebahagian daripada teknik macamana nak pastikan emas yang kita beli itu tulen atau sebaliknya.

Peace yo!

#KAB
#KABGold

SOAL JAWAB ONLINE EMAS

Link: 
========================================

Moga mendapat pencerahan daripada perkongsian Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang sudah diterbitkan sejak Januari 2018 ini.

Soalan:

Assalamualaikum. Dato Mufti, boleh saya bertanya sedikit tentang hukam jual beli emas. Hari ni adanya syarikat yg membuat jualan secara online atau akaun. Kita beli dan bayar emas, emas itu dimasukkan dalam akaun. Dan bila kita ingin keluarkan emas itu, boleh dikeluarkan di cawangan-cawangan mereka. Adakah dibolehkan? Sebab setahu saya urusan jual beli emas mesti yadan biyadin.

Jawapan:

Kami kemukakan jawapan daripada kitab Fiqh al-Manhaji (6/72):

Apabila jual beli tersebut membabitkan dua jenis barangan berunsur riba yang berlainan jenis tetapi mempunyai illah riba yang sama (contohnya kedua-duanya dalam bentuk mata wang atau makanan). Jual beli ini perlu memenuhi dua syarat bagi menjadikan jual beli tersebut sah dan bersih daripada unsur riba:

Akad berlaku secara lani. Akad tersebut mestilah tunai atau serta-merta, yakni akad tersebut tidak menyebut tempoh tertentu bagi penyerahan mana-mana barangan walaupun untuk tempoh yang singkat.
Penyerahan barangan berlaku di tempat memeterai akad.
Dalam keadaan ini, kedua-dua barangan tidak perlu mempunyai kadar yang sama. Bahkan dibenarkan jual beli secupak gandum dengan dua cupak barli, atau satu gram emas dengan lima gram perak.

Akad ini dan segala proses berikutnya adalah sah. Namun dengan syarat, tidak dinyatakan sebarang tempoh tertentu bagi penyerahan barangan dan penerimaan berlaku pada ketika itu.

Dalil bagi kes ini ialah hadith daripada Ubadah RA yang dinyatakan sebelum ini:

فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

Maksudnya: “Jika barang-barang ini berbeza, juallah mengikut kehendak kamu selagimana ia dilakukan dengan tangan dengan tangan.” Riwayat Muslim (4147)

Apa yang dimaksudkan dengan barang-barang dalam hadith ini ialah barangan berunsur riba yang dinyatakan oleh hadith-hadith dan yang seumpama dengannya. Apa yang dimaksudkan dengan berbeza dalam hadith ini ialah barangan yang digunakan sebagai bayaran dalam jual beli ini tidak sama dengan barangan yang dijual.

Apa yang dimaksudkan dengan “juallah mengikut kehendak kamu” ialah kamu dibenarkan berurusniaga dengan barangan ini jika ia bukan barangan yang sama dan tidak disyaratkan barangan tersebut mestilah sama.

Timbul persoalan, apakah penyerahan barang itu mesti dibuat secara fizikal atau boleh dengan cara maya seperti melalui akaun?

Bentuk penyerahan

Jawapannya, kami berpendapat hukum penyerahan melalui akaun boleh dianggap sebagai satu bentuk penyerahan yang diterima. Ini berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas, dan membuat keputusan, antara lain seperti berikut:

“Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.”
Rujuk Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (ms. 81)

Majlis Majma’ al-Fiqh al-Islami bagi Rabitah al-Alam al-Islami kali ke-11 yang bersidang di Makkah pada tahun 19-26 Februari 1989H membincangkan isu taqabudh hakiki dan hukmi memutuskan bahawa dokumentasi transaksi dalam bentuk resit dan rekod akaun boleh diterima sebagai salah satu bentuk taqabudh yang sah dan diterima dalam Islam.

Justeru, apabila emas tersebut sudah didepositkan ke dalam akaun pembeli dan direkodkan di dalam sistem dan resit, yang mana pembeli boleh bila-bila masa, mengeluarkan emas tersebut dengan kuantiti berdasarkan dalam majlis akad atau kontrak, maka penyerahan sudah dianggap sempurna. Maka sah akad jual beli emas secara atas talian jika meraikan syarat ini.

Wallahuaklam.

Moga bermanfaat!

PENGERUSI KAB GOLD


Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar
Pengerusi.

Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Beliau menyumbang bakti sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Astana International Financial Centre (AIFC), Kazakhstan, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, First Abu Dhabi Bank (UAE), dan juga Permodalan Nasional Berhad. 

Beliau memainkan peranan penting sebagai ahli Badan Penasihat Syariah pelbagai institusi kewangan global, antaranya National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain) dan Dow Jones Islamic Market Index (New York). Dalam dunia korporat pula, beliau berperanan sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan PNB selain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-8.

Di samping itu, beliau juga adalah pengasas bersama (co-founder) Experts Analytics Centre Sdn Bhd dan MyFinB, Pengerusi Berry Pay, KAB Gold Dynamic, Bio Fluid Sdn Bhd, dan Amanie-Afra Halal Capital Co (Bangkok). Di bawah terajunya, Amanie Advisors membuktikan keunggulan sebagai penerima “Anugerah Prasarana Ilmu Ekonomi Islam” semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global di Dubai pada 2015 daripada Raja Dubai, Sheikh Mohamed Rashid Al- Maktoum. 

Beliau mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah di University of Kuwait pada 1988 dan seterusnya memperoleh Ph.D. dari Uni- versity of St Andrews, United Kingdom pada 1993. Beliau terus menggali ilmu dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya pada 2002.

Permata inteleknya terus menerima pengiktirafan apa- bila buku pertamanya, “Shariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of A Shariah Scholar” (Minda Syariah Kewangan Islam: Kisah Balik Tabir Perspektif Cendekiawan Syariah) muncul sebagai penerima anugerah “Islamic Finance Book of the Year 2016” oleh Majlis Anugerah Kewangan Islam Global (the Global Islamic Finance Award (GIFA) 2016).

TABIAT MENYIMPAN EMAS


  1. Ramai orang menyangka, semakin besar gaji atau pendapatan, maka kita akan menjadi semakin kaya.
  2. Sebenarnya kekayaan bukanlah terletak kepada berapa banyak gaji atau pendapatan kita. Tetapi berapa banyak duit yang tinggal dan disimpan selepas berbelanja.
  3. Orang bergaji RM5,000 sudah tentu dilihat lebih kaya daripada orang bergaji RM2,000. Tetapi jika kedua-duanya menyimpan RM500 pada setiap bulan, maka yang bergaji RM2,000 itulah sebenarnya yang akan menjadi lebih kaya.
  4. Tabiat suka menyimpan adalah tabiat yang sangat mulia. Ia bukan sifat semulajadi tetapi sesuatu yang boleh diasuh dan dilatih.
  5. Simpanan mesti dipaksa. Jika tidak dipaksa, sampai mati pun kita tidak akan ada simpanan.
  6. Besar mana pun gaji, ia akan selalu tidak cukup. Amalkan untuk selalu anggap gaji kita bukanlah sebanyak yang kita dapat. Potong siap-siap sebagai simpanan paksa.
  7. Misalnya, orang bergaji RM2,000 mesti menyimpan 10% iaitu RM200 daripada gajinya. Anggap saja dari awal lagi bahawa gajinya hanya RM1,800.
  8. Simpanan lebih bertahan lama jika kita amalkan attitude paksa simpan dan lupakan. Makin diingat dan difikirkan tentang simpanan, maka jiwa kita akan menjadi kacau. Akhirnya, duit kita pun habis kita belanjakan.
  9. Macamana nak lupakan simpanan? Cara paling mudah, tukar ke bentuk lain selain daripada duit. Tukar jadi aset yang menyimpan nilai jangka panjang macam emas. InsyaAllah berjaya.
  10. Orang yang selalu gagal simpan duit, memang wajib ubah cara simpan. Kalau tak, akan begitulah sampai bila-bila pun.
.
Bagi yang ada rasa MINAT nak mendalami ilmu Emas, jom PM saya saya ajarkan A to Z.
.
Pendaftaran keahlian KAB gold boleh dibuat di sini (FREE) je pun:
.
Sila hubungi UstDi, NDr 018-2453824 @ wasap.my/60182453824/KABGold