Tiada maksud yang tepat untuk menerangkan istilah kekayaan. Ia bergantung kepada dari sudut mana kita melihat kekayaan tersebut.
Dalam hadith ada disebut tentang kekayaan sebenar ialah kaya jiwa dan hati. Kekayaan sebenar bukanlah sangat tentang harta tetapi juga apa saja rezeki dan perkara baik yang kita dapat dan miliki dalam hidup.
.
Dari sudut kewangan, ada 6 salah faham masyarakat tentang kekayaan:
.
Islam tidak menggalakkan menjadi kaya.
.
Sehingga ada yang menakut-nakutkan orang ramai dengan ancaman nanti akan susah bila dihisab, akan mudah sombong dan bongkak dan sebagainya.
.
Padahal perkara tersebut boleh juga berlaku kepada orang yang miskin pun.
.
Miskin lebih baik dari kaya.
.
Ungkapan orang miskin lebih ramai masuk syurga, orang miskin lebih tawadhu dan rendah diri dan lebih senang kiraan hisab di akhirat adalah dakwaan yang berbentuk subjektif.
.
Sudah tentu kalau diberi pilihan samada untuk menjadi kaya atau miskin, kita tak mahu jadi miskin bukan? Sudah tentu kaya itu jauh lebih baik daripada hidup dalam kemiskinan.
.
Semakin besar gaji atau pendapatan, kita akan jadi semakin kaya.
.
Ini juga salah faham yang teramat teruk.
.
Bukan kecil atau besar gaji itu penentu kekayaan. Tetapi berapa banyak baki yang tinggal daripada gaji itu yang akan menentukan samada kita memang betul-betul kaya atau sebaliknya.
.
Reward yourself dengan hutang.
.
Bila gaji besar, bank suka offer hutang dekat kita. Personal financing, kad kredit dan sebagainya sebenarnya hanya untuk orang yang bergaji besar.
Belanja dahulu, bayar kemudian. Ini 1 bala kewangan yang akan menjadikan kita semakin miskin.
Nampak gaji seperti besar, tetapi tiada apa yang tinggal melainkan hutang yang semakin banyak.
Belanja dahulu, simpan kemudian.
Macamana nak simpan kalau takde apa yang lebih daripada gaji ye tak?
Dapat gaji, bayar itu bayar ini, belanja itu belanja ini.. last sekali habis duit gaji.
Dari bank ia datang, kepada bank ia kembali. Tunggu lagi 30 hari untuk next gaji. Begitulah hidup kita selama berpuluh tahun.
Sepatutnya, daripada gaji, ambil sikit, simpan dahulu. Lebihan itu barulah digunakan untuk apa saja keperluan.
Jika gaji kita RM2,000, anggap sajalah gaji kita ialah RM1,800. Ambil 10% sebagai simpanan paksa yang kita akan lupakan. Hidup di bawah paras kemampuan. Nanti kita akan nikmati kelebihannya.
Labur duit untuk cepat kaya.
Duit yang ada taklah banyak mana, tapi otak melabur kita tu dah macam sebati.
Sepatutnya kita kena fikir cara macamana nak selamatkan duit kita yang tak berapa nak ada tu dulu sebelum sibuk untuk jana untung yang bukan-bukan.
Sebab itu ramai yang terjebak dengan skim cepat kaya. Sebab malas bekerja dan tinggi angan-angan.
Pelaburan adalah quadran terakhir dalam kewangan. Ia adalah duit lebihan yang kita tidak gunakan untuk jangka masa panjang, baru letak di tempat pelaburan.
Betulkan 6 salah faham tentang kekayaan ini, InsyaAllah perjalanan kita untuk jadi kaya akan lebih mudah.